Tuesday, August 2, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah telah masuk dua hari kita berpuasa..bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengizinkan diri ini kembali bertemu dengan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan ini..alhamdulillah terima kasih Allah atas peluang yang Kau berikan Ya Allah..:) (rasa sebak)

Sepanjang datangnya Ramadhan ini..kehidupan harian dilalui seperti biasa cuma kadangkala ada halangan dan ujian yang datang di sepanjang perjalanan..namun tetap ditabahkan hati dan diri ini agar tidak mudah kalah pada perasaan dan bisikan nafsu..

Allah ada berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 87:

"Wahai Tuhanku,janganlah Engkau biarkan aku seorang diri dan Engkau jugalah sebaik-baik yang mewarisi"


:)kebelakangan ni hati ini sering berbisik manja inginkan perhatian..namun akibat kelalaian diri,hati dibiarkan bersendiri tanpa dijaga..(umm...maaf hati)..mudah2an kedatangan Ramadhan ni sedikit sebanyak dapat mengumpul kembalikekuatan diri ini dalam mendidik dan mentarbiyah hati ini agar menjadi lebih baik dan bertambah dekat dengan Yang Maha Esa..(aamin..)

Buat teman2 sperjuangan,tidak kira yang jauh mahu pun yang dekat, diri ini sentiasa mendoakan anda semua sentiasa dalam keadaan yang baik walaupun mungkin sesekali ujian datang menjengah kehidupan anda mahupun saya ..jangan sekali2 membiarkan putus asa datang menjengah kehati kita wahai shabat.
sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang..ingin sy igtkn dri sy dan anda semua..

Allah tidak akan memberikan ujian kepada seseorang melainkan dia mampu menanggung beban ujian itu..

sy rindu sahabat yang sering mengingatkan sy tentang manisnya sebuah perjuangan, yang mengingatkan diri sy tentang kemanisan menjadi seorang pejuang dijalanNya..Allah,aku tetap ingin menjadi seorang peRINDU JIHAD yang tidak hanya merindui akan jihad di jalanMu tapi juga yang tidak gentar dalam menjadi seorang PEJUANG AGAMAMU..:)

SALAM PERJUANGAN!!!!!
(Lillahi ta'ala)






1 comment:

Balqis Abdullah said...

semoga kita terus berjihad dlm pelajaran wani yer!!!