Wednesday, December 15, 2010

Hati Ini Mengadu

saat hati ini mengadu
aku tidak mampu menolaknya
saat hati ini dambakan tarbiyahNya
aku kaku diam tidak terkata

hati,
bersabarlah
andai itu yang kau mahukan
aku yakin Dia pasti mendengarnya
dan aku pasti berusaha mencarinya


alhamdulillah..terima kasih ALLAH kerana Kau masih sudi menegur hatiku yang ku tahu kian jauh dari tarbiyahMu..Allah aku pohon kekuatan dalam menempuh kehidupan yang ku tahu tidak semakin mudah tetapi semakin mencabar apabila merapati saat bertemu denganMu Ya Allah..Allah aku perlukanMU dalam terus menjalani kehidupan ini ya Allah..









Saturday, October 30, 2010

Mekaceh..


All the best!!

dlm diari p'juang,
tiada mslh yg merumitkan,
ujian yg melemahkan,dugaan yg menyusahkan,
bhkan itu smua batu loncatan,
utk lebih hebat,
tepu dgn dugaan..
cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
lmbg kekerdilan kudrat hmba,
b'dpan dgn 'belaian' Pencipta
smoga tabah dalam perjuangan ini..
slamat menjalani hari esok
sbgai mukmin yg lebih baik..


seronoknyer dpt mcg wish gud luck..huhuhu..best3..lagi2 dari sahabat yang dah jauh..alhamdulillah bersyukur sangat kat Allah..dapat juga sedikit nasihat yg walaupun sedikit tapi berguna utk menguatkan diri yang kadang2 lemah jugak dalam perjuangan menuntut ilmu ni..(mudah2an Allah kuatkan diri ni)..


p/s: pjuangan xselesai lagi..usaha sungguh2..mudah2an Allah bantu pjuangan murni ini..

Tuesday, October 26, 2010

ilmu itu..milikMU

bismillahirrahmanirrahim..

setelah kamu berusaha bersungguh2
maka bertawakkal lah
kpdNya..

Allah,aku percaya dalam setiap perkara yang telah Kau tetapkan pasti terselit satu rahsia..Allah andai apa yang aku rasai sekarang ini adalah sebahagian dariMu mudah2an ya Allah,Kau berikanlah aku yang terbaik dalam aku meneruskan perjuangan agamaMu ini..


ilmu itu bukan sekadar untuk peperiksaan..
tetapi sedarlah wahai diri..
ilmu itu adalah AMANAH ALLAH,
IBADAH PADANYA,
DAN PERJUANGAN DALAM AGAMA..

Allah,aku pohon padaMu Kau kekaknlah dalam diri aku dengan ilmu2 yg telah aku tuntut agar ia tak menjadi sia2..aku tahu diri ini terkadang melakukan kesilapan..aku mencari ilmuMu kerana sebuah peperiksaan dan kejayaan ya Allah..tapi Ya Allah,aku sedar bahawa semua ilmu ini bukan sementara Allah tetapi untuk aku amalkan dalam kehidupan aku Allah..mudah2an ya Allah imu yang aku dapat dan tuntut ini mendapat keberkatan dariMu..

'Dan ingatlah ketika TuhanMu memaklumkan,
'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan tambah nikmat
kepdamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmat mu)
maka pasti azabKu sgt berat'.

teringat lagi aku dengan ayat diatas..ketika aku terlalu bersedih dengan keputusan peperiksaan SPM aku,Allah telah menemukan aku dengan ayatNya..yang aku perolehi melalui hasil pembacaan..aku sedar bahawa Dia tidak mahu aku terus mengikut perasaanku..Dia berikan aku petunjuk..entah kenapa apabila aku terbaca sahaja ayat ni perasaan ku yang td terlalu resah terus manjadi lega kerana aku tahu Dia telah janjikan sesuatu...Allah.aku bersyukur kerana Kau meberikan aku petunjukMu..


ayah: 'angah,angah kena terima ape yg telah Allah tetapkan,
banyak tu je yg Allah izinkan utk angah..
ayah pasti akan ada masa dimana kemampuan angah terserlah jugak'..

begitulah seorang ayah menahan sebak tangis anaknya..dia tahu anaknya telah meletakkan segala usaha dalam mencapai kejayaan namun setakat itu sahaja yang diizinkan Allah padanya..munkin ada salah dalam peerjalanan dia mendapatkan kejayaan itu..mungkin ada hikmah Allah selitkan dalam hidup anaknya..(sebak hatiku dengan pujukan lembut ayahku terhadap diriku suatu ketika aku sedang dilanda kesedihan dengan diriku)..terima kasih Allah kerana Kau berikan dia(ayah) yg terbaik buatku..aaaamin..

ibu:' angah,ibu dah tlg tanyekan kwn2 ibu ttg
universiti tu..ibu rasa angah pegi kessana je lah..
insyaAllah belajar dimana2 pn ..
lau niat tu ikhlas insyaAllah..
angah akn dpt ape yg angah inginkan'..

bersungguh2 ibu ingin membantu anaknya yg sedang buntu memikirkan jalan mana yg harus dia pilih untuk masa depannya..betapa ibu mengerti prasaan anknya..dan peluang yg anak dia dpt yg dia tidak pernah dpt sebelum ini..terima kasih Allah atas kehebatan ini(ibu).


jadi diri, igtlah pengorbanan ibubapa mu..
mereka sentiasa menyokongmu..
mendoakn kejayaanmu..
dan berusaha yg terbaik buat kamu..
jgn hampakan mereka..
jgn sia2kan peluang yg ada..

berusahalah semahumu wahai diri tp niatkn didlm hatimu..tuntutlah ilmu itu kerana Allah..keran ilmu itu datang dariNya..Dia pemiliknya..Dia yg mengizinkannya..insyaAllah ap yg kau mahu akn Dia makbulkan..insyaAllah..

p/s:mudah2an perjuangan aku dalam menjawab soalan2 exam sentiasa dibntu olehNya..aaamin..
kuatkan dirimu wahai diri kerana pemilik jasadmu sentiasa bersamaMu..chaiyo2..





Monday, October 25, 2010

assalamualaikum...



ase nk menulis je lately ni..xthu nape..tp banyak sgt benda yg dlm hati ni nk diluahkan..
Allah je thu betapa aku nk sgt ceritakan semua ni pd seseorg..tp ak kena bpgang pd amanah..

amanah tu kena dipegang tau2..
lau tak nati kter digelar sebagai munafik..
mase kt skolah2 dulu ..
ustaz n ustzh ada pesan..
igt lagi..


adei...nape semua idea aku hilang plak..xpe2..t ak update lg..sori2..

p/s: kepada semua yg sy syg..jge diri bebaik..salam..



Sunday, October 24, 2010

Allah

Allah..
aku perlukan kekuatan dariMU
Kau kuatkanlah aku..



aku selalu pujuk diri ni..

"Ujian tu sunnah perjuangan wahai diri
bersabarlah dalam menghadapinya kerana
perjuangan kita masih jauh.."

tapikan,hati ni manja sgt..
mesti ada jer yang xkena..cmne ea..
umm..hati jgnla mcm ni..
kesiankanlah sy..
sy msih perlukan awak yg matang..
awak ingat tak ada dlm satu ayat Allah ni;


aku pujuk lagi diri ni melalui hati..


.....'boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,
padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui'

kan ada dalam Quran..
surah al-Baqarah ayat 216

tapikan..hati ni masih lagi dilanda kesedihan..
Allah bagaimana lagi aku dapat memujuk hati ni..
aku tahu..aku perlu lebih dekat dgnMu..
aku cuba..dan terus mencuba...
tapi kdg2 hati dalam diri ini terlalu rapuh..
air mata ini terlalu mudah berlinang dr kelopak mataku Allah..
Allah aku pohon padaMu..
Kau bantulah aku dlm mencari ketenangan dlm diriku..
aku tahu semua ini adlah ketetapan dariMu..
Kau menghadirkan dia dalam hidupku..
untuk membuat ku menjdai lebih tabah..
insyaAllah.


'..Dan janganlah kamu merasa lemah,
dan jgn pula bersedih hati,
sbb kamu paling tinggi darjatnya,
jika kamu orang beriman..'



p/s: tengah pujuk hati nih..

Episod Lalu KITA

assalamualaikum.. =)(mulakan harimu dengan senyuman)

tetiba pepagi ni aku teringat ttg kisah persahabatan aku dizaman sekolah..umm..nak kata rindu..memang rindu..ni antara sahabat2 aku kt mrsm dulu..:

NORSHAHIDA MOHD RAZALI a.k.a ida senget yg paling ak syg..(jgn marah)
EMAD YUSOF a.k.a emad (rajin orangnyer,pndai lagi)
HAFIZ ABIDIN a.k.a abg homeroom (baik ker?)
NORFARAHANA a.k.a fer (mmg sempoi)
ASMAHUSNA a.k.a Na (tulisan cantik dan kemas)
NADIA a.k.a nad (garang ckit muka dia)
FATIKAH SYUHADA a.k.a Becks (mmg cool)..hehehe


n..ramai2 lagi..rinu sgt kt diorg2 smua..

ni nk cter kisah aku dengan shbt yg pling ak syg ue (ida senget)..

gedebush!!!(konon2 bunyi penumbuk la)..hehehe.."adoi!! sakitla ida..ko ni xda keje lain ke nak tumbuk aku kt dlm kelass nih"..aku membebel kat dia yg tetibe tumbuk aku..huhuhu..dia pun xnk kalah nk menjawab jgk .."oit,aku wat ni pn utk kebaikan ko jgk. ko tu dah la lembik..pkul ckit da sakit..t aku xda ngan ko sape nk tlg tgk2an..ada org kacau nati sape nk lawan balik..ni la aku nk train ko jd kuat ni.."dgn pnjg lebarnye si ida memberi hujah yg pada aku mmg sgt2 menyentuh hati walaupun dgn bahasa yg sempoi..kn ida?..(TANX TAU..SYG JGK KO KT AKU)

erm.. ida mmg bg aku kngn yg indah dlm persahabatan kami..

ida ni sorang yg keras dari luaran jer tp dalaman dia lembut sgt..
walaupun xmngku tp ak thu dia mcmaner..hehehe..sori ida ter'reveal' plak kt blog nih..

buat ida yg saya sayangi..

ida,

aku doakan smoga kau mendapat ape yg kau inginkan..
tentang masalah2 yg kau hadapi..itu adalah hadiah dari Allah utk menguatkan diri kau lagi..jgn putus asa dlm mencari jln penyelesaian..
aku tahu kau ada banyak kelebihan yg mungkin org lain xda..
believe in urself k dear..
syg ko sgt2..mmmmuaah..

p/s:tetibe teringat kat hang ida..ummm..rindunyer...

Saturday, October 23, 2010

Bila 'dia' Bertandang

erm...alhamdulillah..tergerak hati ni nak update lg blog ni..erm..pagi2 macam ni mmg senang nk meluahkan sesuatu..ermm...

keyboard ni aku tekan dengan penuh semangat(yelah tengah bersemangat nk menulis)..erm..

alaa..nape tetibe hilang lak idea nk menulis nih(TETIBE PLAK BLUR)..jap2..

ok2..bismillahirrahmanirrahim..

pertama kali aku kenal dia..dia nmpak mcm pemalu jer..aku ni pn pemalu jgk orangnyer(bkn perasan tp kenyataan)..erm,mugkin Allah telah takdirkn utk aku bertemu dan menjalinkan ukhwah dgn dirinya...dia cuma tegur2 macam tu jer..aku pn xdala layan sgt..erm,kter kn kena jaga diri..lepas tu,kami ada menyertai satu program bersama2 dan disitu bermulanya keakraban kami..dia xhenti2 mengambil berat ttg diriku walaupun kdg2 aku ragu..benarkah dia mengambil berat ttg diriku..lama kelamaan,aku mula percaya akan dirinya..dia tidak seperti yang ku sangka..dia banyak mengajar aku erti kehidupan ni..supaya aku lebih sabar dalam menjalani hidup ni yang tidak pernah kering dengan ujian dan dugaan dariNya utk menguatkan kita..

lagi kami rapat..lagi banyak yg aku pelajari dari dirinya..urm..dia selalu kata aku kuat..aku kuat..tapi aku merasakan yang dirinya lebih kuat dariku kerana dia dapat menanggung beban yg begitu berat dalam hidupnya dibanding dengan diriku.

"awak kuat,saya nk jd mcm awak",dia selalu kata mcm tu kat aku..erm..tp aku penah kata aku x sekuat yg dia sgka..tp dia tetap kata aku kuat dan dia ingin menjadi seperti diri aku..Allah mudah2an aku dapat menjadi sekuat yg dia pernah katakan padaku..

tetapi akhir2 ni dia sering didatangi oleh 'dia' yang aku sendiri xmampu nk menolak kehadiran 'dia'. yang aku mampu hanyalah menjadi kuat untuk dirinya..Allah aku pohon andai telah Kau takdirkan dia untuk menghadapi 'dia'..kau kuatkanlah dia ya Allah..jadikan dia seorang yang tabahh dan mampu menerima ketetapanMu...amin..

buat dia..

awak,sy xsekuat macam awak kata..
tp sy akan jd kuat utk awak..
sy xnk awk terbeban dengan kehadiran 'dia'..
sy thu 'dia' mampu kuatkn awak..
kerana 'dia' dtg dariNya..
awak kuat tau..
sy syg awak krn Allah..
sy thu awak mmpu hadapi 'dia'..

p/s: dia dan 'dia'tak sama...

Thursday, October 21, 2010

.....

salam..alhamdulillah sy diberi kesempatan utk meng'update'blog sy..

erm...aku tengah duduk buat assignment sorang2 kt ruang tamu masa ni..teringat dulu masa mula2 susah jugakla nak biasakan diri ni dengan keadaan macam ni(no privacy)..everything i do people can see( almakumla nak dekat exam BEL nih)..sekarang pun masih ada lg rasa kurang selesa tu..erm tp aku tahu Allah dah tetapkan sesuatu untuk aku..utk aku lebih bersabar dalam menghadapi perkara seperti ini yg mungkin tak semua org dapat terima..(betol tak hati?)
erm..kadang2 tertanya jugak..kenapa aku?(tak bersyukur betul)..sepatutnya aku patut terima dgn hati yg terbuka sbb masih lg dberi kemudahan yg mungkin org lain didunia ini xdapat(ada lampu nk study walaupn satu dah terbakar,ada kipas guna sorang2 lagi yang kdg2 panas jgk and ada kemudahan letrik smpai tiga plag lg)..erm..Allahuakbar...banyak dah nikmat dan kesenangan yg aku dpt..tp nape masih lg hadir dlm hati ni rasa tidak berpuas hati..Allah ampunkan hambaMu yang lemah ini..
erm..ni dah nak dekat final dah..xsampai beberapa hari lagi..aku harap aku dapat fokus pada study dan matlamat yang aku dah tetapkan utk dicapai walaupun byk sgt perkara yang tgh bermain difikiran aku nih..erm...mudah2an setiap kesulitan itu ada kemudahan(macam dalam CTU plak tajuk syari'ah 'kesulitan membawa kepada kemudahan'..huhuhu)..insyaALLAH..mudah2an kau permudahkan aku dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan dariMu ya ALLAH..Kau bersihkan hatiku dari perkara yang tidak baik(aaaamin)..

Allah andai ku lemah Kau bantulah aku ya Allah...Kau lah tempat aku mengadu..

p/s: nasib bek ryn ada teman aku kt ruang tamu ni..dapat eratkan lg persahabatan kami(salah satu perancangan Dia)..=)

Thursday, October 14, 2010

AKU

'aku mahu jadi orang yang baik..
melakukan kebaikan supaya
orang lain dpt manfaat..
jika aku tak mampu..
jgnlah kiranya aku buat
kejahatan..
atau kejahatan dalam
kebaikan..
biarlah aku diam andai aku
belum bersedia..
kini ku lemah namun tak pula
aku ingin jadi lemah
selama-lamanya..
aku harap aku akan kuat..
dan aku mohon sangat2..
biar aku jadi kuat utk
buat kebaikan..
dengan itu aku berusaha..
dan Engkau sahaja tempat aku
mengadu kerana Kau teman
yang setia ya Allah..
redhailah daku..'

-MFR IBN MUKHTAR

Friday, September 24, 2010

Aku Masih Mencuba Teman

maafkan diriku teman..ku tahu ku bukan yang terbaik untuk menjadi 'sahabat seperjuanganmu'..aku masih mencuba teman untuk tidak melukai dirimu dan diriku..namun aku masih tidak mampu memberi kesempurnaan dalam persahabatan kita ini.aku tahu kau merasa jauh dari diriku..ku juga merasai apa yang kau rasai teman..kerana Allah aku menyayangimu..tidak pernah aku mengharap untuk kau menerimaku namun cukupla kau merasai kehadiranku..aku bahagia andai kau bahagia..teman andai suatu masa nanti tiada lagi diriku buat dirimu aku ingin kau tahu bahawa yang aku sentiasa menyayangimu tidak kira selama mana dirimu hadir dalam hidupku..kau tetap temanku..ku juga mahu kau tahu teman bahawa untuk diriku memulakan satu hubungan persahabatan adalah bukan mudah kerana apabila bermulanya hubungan akrab ini pasti akan timbul ujian dan permasalahan dalam meneruskannya..tetapi aku akan tetap mencuba menjaga hubungan ini..Allah,aku mohon padaMu andai aku bukan teman yang baik buatnya..Kau temukanlah dirinya dengan seseorang yang lebih layak untuk bersamanya..yang mampu menjaga dirinya..untuk menemani dirinya di sepanjang perjuangan hidupnya..dan membawa kegembiraan dan keceriaan dalam hidupnya..kerana ku tahu ku masih belum mampu untuk melakukannya..namun teman..aku disini tetap mencuba untuk terus menjadi 'SAHABAT SEPERJUANGANMU'...maafkan diriku wahai teman yang amat aku rindui..

p/s:buat teman2 yang amat saya sayangi..maaf..

Thursday, September 9, 2010

Tetamuku telah pergi..

subhanallah terasa begitu singkat kehadiran dirimu wahai tetamuku..
kau hadir di saat aku memerlukan dirimu..
tetapi setelah diriku berpeluang bertemu denganmu..
aku mensia2kan kehadiranmu..
aku tidak memberikan sepenuh perhatian dan layanan terhadapamu.
kini kau telah pergi..
dan aku tidak tahu sama ada aku masih sempat untuk bertemumu..
Allah maafkan aku kerana tidak menggunakan sepenuh peluang yang kau berikan ini..
maafkan aku..maafkan aku..
moga ya Allah, aku masih sempat menjadikan dia tetamuku lagi..
RAMADHAN KAU TETAMU TERBAIKKU

Monday, September 6, 2010

Allah Terimalah Doaku dan Dirinya

Ya Allah sempena Ramadhan yang masih berbaki ini ya Allah..terimalah doaku dan dirinya ya Allah..Allah,aku tahu aku mampu kuat dihadapan dirinya ya Allah tetapi kadang2 ya Allah aku jua lemah dalam menguatkan dirinya ya Allah..ya Allah ku pohon ya Allah,Kau dengarlah rintihannya ya Allah..kuatkanlah dirinya dalam menempuh setiap yang Kau berikan padanya..ringankanlah bebannya agar dia tidak berputus asa denaganMu Allah.Ya Allah Kau berikanlah dirinya kebaikan dalam setiap ujianMu pada dirinya ya Allah..
Allah bantulah aku dalam membantunya ya Allah..ku tahu ya Allah setiap yang Kau berikan pada kami adalah yang terbaik buat kami..dengarlah rintihan kami ya Allah..

lagu ni untuk dirimu sahabat..


You And I See
Album : You And I See
Lagu: Abai Os.
Lirik: Syalina Ahmad & Abai Os.
Hijjaz Records Sdn. Bhd.


When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down

Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too

No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!

Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong


p/s:Allah sentiasa bersamamu..

Sunday, September 5, 2010

Buat Dirimu Yang Diuji

Pelangi Selepas Hujan
www.iluvislam.com
Oleh : Fahimmumtaz


Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.


" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

p/s: Allah Maha Besar..

Sunday, August 15, 2010

Bisikan Kalbu

Pernah ana terfikir seketika..saat Ramadhan masih belum tiba,kita ternanti-natikan kehadirannya..ibarat sang kekasih yang setia menanti kehadiran orang yang disayanginya.Tetapi apabila Ramadhan hadir dengan membawa seribu rahmat yang tidak terdapat pada bulan2 yang lain kenapa kita seolah2 mengetepikannya..Allahuakbar(betapa lekanya diri ini mengejar duniawi).

Ramadhan..
Aku terlalu merinduimu..
Aku rindukan kehandiranmu..
Aku ingin menyambut kehadiranmu..
Aku tidak ingin mensia2kanmu..

Namun Ramadhan,
Saat kau tiba dengan rahmatNya..
Aku seolah2 tidak mengendahkanmu..
Aku leka dengan kesibukan diriku..
Aku lupa kerinduanku padamu..

maafkan aku Ramadhan,
Aku akan cuba mengubahnya..
Aku akan manfaatkan kehadiranmu..
Saat aku masih sempat bertemumu..
Akan aku perbaiki diriku..
Sepanjang kau menjadi tetamuku..

insyaAllah...

sebenarnya ana terasa kosong tanpa tarbiyah sepanjang Ramadhan ni..seolah2 nafsu lebih banyak menguasai ana.Allah,Kau bantulah aku sempena datangnya Ramadhan ini agar jiwaku terisi(tidak lalai) dan tidak mensia-siakan kehadirannya(Ramadhan)Ya Allah...

p/s:jom tingkatkan iman dan amal sempena bulan mulia ni..

Sunday, August 8, 2010

Allah Maha Besar

assalamualaikum..lama rasanya tak menulis di blog ana..gara2 kesibukan dalam menyiapkan assignment(gramatis kot) dan juga kekurangan idea(maksudnyer ada masa tapi idea tak hadir)..alhamdulillah hari ni ana diberi kesempatan dan idea untuk menulis di blog..


Allah Maha Besar..erm..tu tajuk yang ana terpikir kali nih..erm..ana terpikir tajuk ni sbb ana rasa sesuai dengan keadaan dan situsai ana sekarang..alhamdulillah..'ya Allah terima kasih..aku bersyukur..'seperti yang kita semua tahu atau sudah lama tahu setiap ujian yang Allah berikan tu pasti ada hikmahnya dan ia juga merupkan tarbiyah(pendidikan)Allah buat kita..ianya bergantung sejauh mana kita menerima dan mengambil iktibar dari setiap ujian yang Allah berikan pada kita..

Berbicara tentang ujian Allah..kita tidak dapat mengagak ia akan datang dari segi apa..hanya Dia yang mengetahui apa yang telah Dia rancang untuk kita..seringkali ana terfikir kenapa begitu susah untuk kita menganggap ujian yang datang untuk kita adalah sesuatu yang kita boleh ambil iktibar darinya..ramai daripada kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur kepadanya(ana juga salah seorang dari mereka)..Allahuakbar..betapa manusia itu lebih banayak mencari yang dia tidak perolehi daripada bersyukur dengan apa yang dimiliki.(Ya Allah ampunkan hambaMu ini..)

Dalam menjalani kehidupan ana sebagai seorang mahasiswa banyak yang ana pelajari..ilmu itu bukan semata-mata ilmu yang kita kutip daripada menghadiri kuliah tetapi ilmu itu juga datang dari persekitaran kita..maksud ana,kita boleh belajar sesuatu daripada masalah yang kita hadapi,orang2 sekeliling kita dan juga melihat kepada alam yang Allah ciptakan ini..ramai daripada kita tidak menyedari yang ilmu itu bukan semata2 biologi,fizik ataupun kimia tetapi ilmu itu luas..mencakupi pelbagai perkara..contohnya,bagaimana kita berinteraksi dengan diri kita,sesama mnusia,alam dan juga padaNya..Allahuakbar(betapa lalainya diriku)..

mudah2an kita semua sedar bahawa Dia menciptakan sesuatu itu pasti ada manfaatnya..moga Allah sentiasa membimbimg kita dalam setiap perjalanan hidup kita..insyaAllah..

akhir kata..lirik lagu ini utk semua yang membaca blog nih:

tajuk:Rahmat Ujian(mestica)

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

p/s:terima kasih pada nur ezrenda utk lagu nih ;)

Friday, July 23, 2010

TABAH UNTUK DIA

ya Allah aku perlu tabah untuk dia agar dia bersemangat dalam menempuh segala ujian dan cabaran yang telah kau tetapkan padanya ya Allah..

ya Allah andai kata aku terjatuh lemah Kau bantulah aku bangun kembali agar aku dapat kuatkan dirinya..

ya Allah andai dirinya merasa ingin berputus asa kau letakkanlah kesabaran dalam dirinya agar dia tetap kuat melalui tarbiyahMu..

ya Allah,Kau jauhkanlah dirinya dari perkara yang memudaratkan..sesungguhnya ya Allah aku sayangkan dirinya keranaMu

ya Allah,berilah dia peluang untuk merasa kebahagiaan sepertimana dia doakan dan mahukan kebahagiaan untuk diriku..

ya Allah,Kau letakkanlah dalam dirinya satu kekuatan dan kepercayaan agar sentiasa bersandar dan berharap padaMu ya Allah..

ya Allah jika Dia memohon kepadaMu,Kau terima dan makbulkanlah doanya ya Allah..

ya Allah dengarlah rintihanku ini..


Aku Perlu Tabah Untuk DIA,ya Allah..

Tuesday, July 6, 2010

Kuliah

Alhamdulillah hari ini da masuk dua hari kuliah ana pada semester baru ni bermula. Ana bersyukur kerana ana gembira bersama teman2 sekuliah baru ana walaupun kadang2 terasa sunyi juga tanpa sahabat yang sudah lama ana kenali.Tetapi ana percaya bahawa Allah telah tetapkan sesuatu dalam perubahan yang ana alami pada semester baru ini. Ana berdoa agar Allah letakkan kesabaran dalam diri ana untuk melalui semua ini. Ana tahu walaupun ana bersendirian tetapi Dia tetap bersama ana walaupun kadang2 ana mungkin terlupa padaNya. InsyaAllah ana akan tetapkan niat dalam diri ana ini agar menuntut ilmu keranaNya bukan hanya semata2 hendak mendapatkan kejayaan. InsyaAllah.

p/s:menuntut ilmu best sgt2..slagi kita ada kemahuan dan usaha untuk mendapatkannya..setelah itu tawakkal..insyaAllah tidak sia2..

Sunday, July 4, 2010

CintaItuNikmatNya

apabila seseorang menyukai kita dan meluahkan perasaan mereka kepada kita,apa yang perlu kita lakukan.(soalan untuk semua dan diri ni).bukan mudah untuk kita menerima keadaan itu.mereka bersungguh-sungguh menyatakan yang mereka menyayangi kita dan ingin kita menerima mereka.mungkin mereka menganggap yang mencintai lagi melukakan daripada diri kita yang dicintai.tetapi sebenarnya kedua-dua pihak akan merasai kesakitan dan terluka.yang dicintai tidak bermaksud ingin melukakan yang mencintai dengan menolak kehadiran perasaan mereka.tetapi setiap yang dicintai mempunyai alasan masing-masing kenapa merka tidak mampu menerima kehadiran mereka yang mencintai..Allahuakbar..sukar sungguh untuk meleraikan kekusutan ini(sedang merasai).

Memang Allah hadirkan dalam diri kita manusia dengan perasaan sayang terhadap sesama manusia.perasaan ini adalah salah satu nikmat yang Allah beri kepada setiap hambaNya.cuma jangan disalah gunakan hingga membawa kepada sesuatu yang tidak sepatutnya.Allah memberi kepada kita perasaan sayang supaya kita lebih dekat dengan diriNya dan lebih menghargai orang yang membesarkan kita serta sayang akan agamaNya. Allahuakbar betapa besarnya nikmat yang diberi olehNya. kita(remaja)lebih menumpukan perasaan sayang itu kepada mencintai yang bukan muhrim kita(peringatan untuk diri). itulah yang lebih dikejar oleh kita. sampai ada yang sanggup membunuh diri kerana kecewa dengan sang kekasih(mudah-mudahan dijauhkan).

Allah ada berfirman yang lelaki baik adalah untuk wanita yang baik manakala wanita baik untuk lelaki yang baik.jadi kenapa kita tidak berusaha untuk memperbaiki diri kita menjadi yang terbaik agar kelak yang hadir dalam hidup kita adalah dari yang baik juga(InsyaAllah).melihatkan remaja kini makin ramai yang terjerumus dalam 'cinta monyet' yang akhirnya membawa kebinasaan pada diri sendiri.mungkin benar yang perasaan ingin mencintai dan dicintai itu indah dam menyeronokkan hingga kadang-kadang kita lalai. tetapi ingatlah keindahan yang sebenarnya bukanlah terletak pada sebuah ungkapan manis dan kata2 pujian dari si dia tetapi di saat kita telah mempunyai ikatan yang sah dan melayari bahtera rumahtangga bersama si dia.disitulah kita akan temukan apa yang dikatakan kebahagiaan dan selari dengan syariat yang ditetapkanNya.insyaAllah.

p/s:sekadar meluahkan apa yang dirasa dan ingin berkongsi dengan sahabat2.mudah2an kita sentiasa terpelihara dari perkara2 yang tidak sepatutya.

Saturday, July 3, 2010

k.e.h.i.d.u.p.a.n

semestar baru da bermula..so start la semula kehidupan ana sebagai seorang student kat kampus uitm di sebuah negeri nih.huhuhu.(saje rahsiakan negeri nyer).erm..sem 3 nih agak mencabar jugak la bg diri ana.setiap sem baru yag ana tempuhi pasti ada jer cabaran yang mendatang.tak tahula kalau student lain jugak merasainya.nak kata berat sangat cabarannya xdala sgt cuma emosi ni terganggu sedikit.(biasela tu..kehidupan la namanya).dalam sedar tak sedar dah masuk 3 semester ana belajar di kampus ni.nak kata popular xla popular tapi cukupla sekadar ada orang sedar akan kehadiran diri ini.huhu(macam sedih plak ayat nih).setiap kali cuti rasa seronok sebab dapat balik rumah menggantikan waktu2 tidur yang terganggu sebelum nih(macam sibuk sangat) dan buat perkara yang xdapat buat masa di kampus(almaklumlah kampus jauh dari pekan)hahaha..tapi ana tetap bersyukur sebab dapat peluang menuntut ilmu.nak dibandingkan dengan sahabat yang seusia dengan ana yang tak berpeluang nak sambung belajar dan capai apa yang diorang impikan.syukur alhamdulillah.terima kasih Allah.ish2 tu la ana ni baru diberi ujian sedikit dalam semester baru nih da rasa tak semangat.umm..kena ubah nih..kepada diri ini serta sesiapa sahaja yang terbaca blog ini atau yang merasakan bahawa kehidupan ini kadang meletihkan,memenatkan dan menyakitkan..bersabarlah. setiap kepahitan yang dilalui dalam mencapai sesuatu yang baik pasti akan terbalas dengan kemanisan yang kita tak tahu dalam apa bentuk yang akan kita dapat.cuma kita harus percaya bahawa Allah tidak akan membebani seseorang hambaNya sesuai dengan kesanggupan diri mereka. InsyaAllah..bersabarlah dengan segala yang telah kita lalui agar kelak kita mendapat sesuatu yang lebih menggembirakan..kehidupan itu tidak akan indah andai kepahitan itu tiada dan kehidupan itu tidak bermakna andai kita tidak melalui ujian dariNya.insyaAllah setiap ujian ada hikmahNya walau seberapa lama dan berat ujian yang kita terima..percayalah sahabat2..

p/s:hidup sebagai seorang student ni best sgt sbb kita dpt belajar mcm2. bersyukurlah dan jgn sia2kan peluang dan nikmat yg Allah dah berikan pada kita..gudluck smua..chaiyo2.

Monday, June 28, 2010

Senyuman Rasulullah

BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,

“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu". Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?"

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:

“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

p/s: ramai yg tahu senyum itu sedekah..namun masih sukar untuk bersedekah..jgnla pula disalah ertikan sdekah hingga duduk sorang pun tersenyum..contohilah Rasulullah..artikel ini ana ambil dari iluvislam..jom baca!!

Wednesday, June 23, 2010

Hati Mukmin Pasti Menangis

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.

"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...

p/s:artikel ni diambil dari iluvislam..marilah sama2 kita hayati..

sahabat


erm..duduk sorang2 kat rumah ni wat ana teringat pada sahabat2 ana suatu ketika di sekolah dahulu,cikgu2 yang dah byk bagi ilmu dan sahabat2 yang baru ana kenali di universiti..kadang2 ana tertanya2 apakah sebenarnya yang ada dan perlu ada dalam sebuah persahabatan.. zaman persekolahan mengingatkan ana tentang betapa ana teringin mempunyai sebuah persahabatn yang indah dan kekal..dalam pencarian ana terlalu banyak yang ana lalui..sukar kan mencari sebuah persahabatan yang bersandarkan keikhlasan? ana tidak tahu kenapa kadang2 ana rasa yg persahabatan tu terlalu subjektif untuk difahami..umm..

Monday, June 21, 2010

H.A.M.B.A

Cerita ini berlaku di zaman Rasulullah..Ada seorang pemuda yang terlalu kaya.Dia selalu
minum arak dan bersama bersuka ria dengan perempuan2 yg cntik. 1 hari dia adakan pesta dirumahnya..
minum arak dan tiba2 datang seorang lelaki tua. Orang tua itu membawa amanat. samapai dipintu rumah
si tua itu ditahan pengawal dan tidak dibenarkan masuk. Si tua itu pun suruh pengawal tersebut
katakan kepada lelaki kaya itu 'Adakah kau ni hamba atau tuan?'.Lalu pengawal itu mengherdik si tua
itu, 'kau ni buta ke? tak kanlah pemuda ini seorang hamba? Dia ada harta yang banyak'. Lalu si tua
itu menjawab,' memang dia bukan seorang kerana kalau dia hamba.dia akan jauhi larangan Allah dan
lakukan suruhan Allah. Pengawal tu ketakutan bila dengar jawapan orang tua itu lalu pergi
dan menceritakan pada tuannya,pemuda kaya itu.Dipendekkan cerita, malam itu pemuda kaya itu
bermimpi kulitnya dibakar api neraka.Esoknya dia bangun,terus bungkuskan sekandar pakaian
dan keluar merantau. Hartanya semua diberikan kepada pengawalnya. Akhirnya disebabkan usaha
pemuda itu mencari Allah, Allah naikkan martacat dia sebagai wali Allah..


p/s:kita ni adalah hambaNya walau setinggi mana pun kita..kita akan pulang juga padaNya..
tanx pada 'HAMBA ALLAH' yang berkongsi cerita ini dengan ana..
renung2kanlah..

Sunday, June 20, 2010

aku.rindu

ikhlas dari naluri hatiku..
aku rindu jiwa yang sering mendidikku,
berkongsi masalah denganku,
memujukku,
bergurau denganku,
meniup semangat kepadaku..
ku mohon padaMu peliharalah ukhwah kami,
agar kekal mekar berpaksikan cintaMu..
sampaikan ingatan dan rindu ini setulus hati
buat sahabat pada jalanMu..

Friday, June 18, 2010

MEMORI PERSAHABATAN

Terkenang sebuah memori lalu,
Kisah persahabatan kau dan aku,
Didalam satu pengajian..,
Menutut ilmu dan pengalaman,
Mengingatkan ku,
Pengorbananmu
Terpahat padu didalam hatiku
Mengingatkanku
Senyum tawamu..
Tak pernah layu di dalam kalbuku..